PENGENALAN
Orang yang cerdas otak dapat mengguna rangsangan dengan lebih berkesan, dapat mengurus maklumat yang diterima untuk membina konsep dan seterusnya menyelesaikan masalah lebih cepat daripada orang yang kurang cerdas. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1990), dari sudut pembangunan negara, kehadiran kanak-kanak pintar cerdas dalam masyarakat merupakan satu sumber semula jadi (aset) yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta. Justeru, sumber ini perlu dibangunkan dan digunakan sebaik mungkin, kerana kanak-kanak ini juga merupakan sumber intelektual yang paling berharga kepada negara. Kita harus sedar bahawa kekukuhan dan kemakmuran sesebuah negara bukan sahaja terletak pada sumber ekonomi tetapi juga pada sumber intelektualnya.
DEFINISI KECERDASAN
- Konsep kepintaran berasal daripada istilah kecerdasan / intelligence yang berasal daripada perkataan intelgentia ( ciptaan ahli falsafah Yunani, Cicerio ).
- Plato - orang pertama yang membezakan pengaruh faktor baka dan persekitaran terhadap kepintaran seseorang sebelum Galton.
- Wechsler - kebolehan memahami alam sekitar, diri sendiri dan kepakaran yang boleh membantu individu untuk menghadapi cabaran hidup.
DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (PC)
- Istilah Pintar Cerdas / gifted diperkenalkan oleh Guy M.Whipple pada 1920. Konsep pintar cerdas merupakan satu istilah rasmi bagi merujuk kanak-kanak yang memiliki kebolehan intelek yang luar biasa.
- Istilah PC telah digunakan buat pertama kalinya oleh Francis Galton pada tahun 1869,yang merujuk pada orang dewasa yang menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu. Manakala, kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi untuk menjadi orang dewan yang pintar dan kanak-kanak tersebut digelar kanak-kanak PC.
CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
- Baca pada usia yang muda
- Suka bertanya
- Boleh bekerja sendiri
- Jangka tumpuan yang lama
- Suka menyiasat
- Seronok belajar
- Jujur
- Banyak maklumat
~MAKLUMAT LANJUT SILA TEKAN INI~
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%2010%20Kanak-Kanak%20Pintar%20Cerdas.pdf
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%2010%20Kanak-Kanak%20Pintar%20Cerdas.pdf
No comments:
Post a Comment