Wednesday, 16 September 2015

Jujurkah kita

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Kejujuran merupakan sifat yang terpuji dalam akhlak Islam. Allah SWT memerintahkan hambaNya untuk menjadi manusia yang jujur dalam menjalani kehidupan.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran Surah At-Taubah, ayat 119:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar!"

Ayat di atas menyuruh umat Islam untuk menjadi umat yang jujur. Ada pepatah yang salah mengatakan : kalau terlalu jujur akan lebur. Padahal pepatah yang betul adalah: kalau jujur menjadi subur, kalau jujur menjadi makmur. Abu bakar di beri gelaran oleh Rasulullah SAW dengan nama "Ash-Shiddiq" Maknanya orang yang sangat jujur.

Oleh kerana itu, kejujuran yang dilakukan dalam kehidupan umat Islam wajib dilakukan dalam semua aspek kehidupan dengan siapapun, dalam keadaan apapun dengan cara bagaimanapun.

Kejujuran dalam kehidupan umat Islam terdiri dari 5 bentuk, di antaranya:


1. JUJUR PERKATAAN (صدق الحديث)
Dalam keadaan apapun, seorang Muslim yang baik, wajib berkata jujur, sama ada dalam menyampaikan informasi, menjawab pertanyaan, melarang atau menyuruh atau perkataan-perkataan lainnya. Orang yang bercakap jujur akan mendapatkan kecintaan daripada Allah SWT. Jujur perkataan inilah bentuk yang paling mudah untuk menilai kejujuran seseorang dalam kehidupan seharian.

2. JUJUR PERGAULAN (صدق المعاملة).
Seorang Muslim yang baik dalam bermasyarakat, wajib bermu'amalah dengan sesama manusia dengan kejujuran. Jangan menipu, jangan mengkhianati, jangan menzalimi orang sekalipun bukan orang Islam. Keikhlasan dalam pergaulan merupakan faktor utama kejujuran seseorang.

3. JUJUR KEMAHUAN (صدق العزم).
Seorang Muslim yang bijak, sebelum memutuskan untuk melakukan sesuatu perkara yang di mahuinya, wajib mempertimbangkan dan menilai terlebih dahulu untung dan ruginya, manfaat dan tidaknya, serta halal dan haramnya. Hal ini bermaksud agar apa yang dikehendakinya betul-betul membawa kebaikan kepada diri serta orang lain.

4. JUJUR PADA JANJI (صدق الوعد).
Apabila berjanji, seorang Muslim akan berusaha untuk menepatinya. Mungkir janji merupakan tanda orang-orang munafik, sebagai mana disebutkan di dalam hadis Rasulullah dari riwayat Bukhari dan Muslim. Bahawa tanda orang munafik itu ada tiga: salah satunya adalah, jika berjanji banyak mungkirnya (ingkar janji) atau tidak menepati janji.

5. JUJUR PADA KEADAAN (صدق الحال).
Seorang Muslim sejati akan menampilkan diri sendiri dalam keadaan yang sebenarnya, dia tidak akan menipu diri sendiri dengan baju kepalsuan, bukan untuk mencari nama (populariti) dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Oleh kerana itu wahai saudara sekalian, jadilah kita insan yang jujur pada diri sendiri juga kepada orang lain dalam menjalinkan hubungan dengan sesama manusia.

Ya Allah ya Rahmaan ya Rahim, jadikan kami hambaMu yang jujur dalam semua aspek kehidupan. Jujur pada hati, ucapan serta perbuatan kami. Mudah-mudahan kami menjadi manusia yang berguna untuk sesama manusia. Aamiinn !!

Wallahu A'lam. 

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.





Sunday, 13 September 2015

JOM KENALI ASEAN :)

APA ITU ASEAN ?

Merupakan singkatan bagi 'Association of Southeast Asian Nations' atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar yang hadir ketika itu ialah Adam Malik
(Indonesia), Narciso R.Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S.Rajaratnam( Singapura) dan Thanat Khoman (Thailand).
ASEAN kemudian disertai oleh lima lagi negara anggota iaitu Brunei,Lao PDR, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.

NEGARA-NEGARA ASEAN

PRINSIP UTAMA ASEAN

  1. Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara.
  2. Hak untuk setiap negara untuk memimpin dan bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coersion).
  3. Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman.
  4. Menolak penggunaan ketenteraan.
  5. Kerjasama efektif antara anggota.


HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA !

             PENGENALAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 35 peratus daripada semua wanita akan mengalami keganasan. Kajian tersebut menyatakan keganasan terhadap wanita bukan isu remeh dan kecil yang hanya berlaku kepada sebilangan kawasan komuniti namun ia adalah isu global yang menjadi semakin berleluasa dan memerlukan tindakan segera untuk menanganinya.

Berdasarkan kepada Handbook for National Action Plans On Violence Against Women terbitan UN Women pada 2012, kebanyakan keganasan terhadap wanita dilakukan oleh orang yang dikenali wanita tersebut dan kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana masalah dalaman keluarga atau masalah peribadi.


HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA
Keganasan terhadap wanita yang paling kerap adalah keganasan yang dilakukan oleh pasangan wanita yang merangkumi suami, bekas suami atau teman lelaki.

UN Women telah menggariskan langkah-langkah yang dapat membantu usaha menangani keganasan terhadap wanita. Antaranya adalah penyediaan ruang dan peluang yang saksama kepada wanita dalam aspek ekonomi, sosial dan politik, pelaksanaan program kesedaran kepada pelbagai peringkat golongan dan pelaksanaan program kesedaran bagi pihak media agar sentiasa menonjolkan imej positif wanita.

Di Malaysia, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia sehingga 2014, sebanyak 2,874 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan, sebanyak 4,123 kes berlaku dalam tahun 2013 dan sebanyak 3,488 kes dilaporkan dalam tahun 2012. Bagi tempoh yang sama, purata kes keganasan rumah tangga yang mangsanya adalah wanita adalah sebanyak 3,103 kes setahun.

JENIS-JENIS KEGANASAN DAN JENAYAH YANG DILAKUKAN TERHADAP WANITA DI MALAYSIA
  1. Keganasan rumah tangga
  2. Keganasan di tempat kerja
  3. Keganasan dan kecederaan di tempat awam (parkir kereta, tempat terpencil, taman rekreasi, tempat membeli belah dan sebagainya)
  4. Keganasan di kediaman sendiri (rompakan, rogol, bunuh)
  5. Keganasan ke atas wanita dan manipulasi pemerdagangan (pelacuran,sindiket pengemisan)
  6. Keganasan berbentuk emosi (penderaan mental,kata-kata hina, penganiayaan dan pengabaian rumah tangga ,ekonomi)
BENTUK SOKONGAN YANG BOLEH WANITA DAN MASYARAKAT LAKUKAN

  1. Talian Nur - Perkhidmatan Talian Nur 15999 telah disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat(KPWKM) sejak 5 Disember 2007 dan talian khusus untuk kanak-kanak iaitu Childline 15999 pada 2010 bagi memudahkan orang awam termasuk mangsa membuat aduan atau pun mendapat khidmat nasihat termasuklah mengenai penderaan, pengabaian dan keganasan.Talian ini beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun.Petugas akan menerima laporan dari pengadu dan memanjangkan aduan kepada pihak berwajib iaitu polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Wanita dan pihak JKKN Kampung untuk tindakan pantas dan segera.
  2. One Stop Crisis Centre-OSCC - Kerajaan juga telah menubuhkan pusat khidmat bersepadu (ONE STOP CRISIS CENTRE-OSCC)di semua jabatan kecemasan hospital kerajaan bagi memberi perkhidmatan pemeriksaan, rawatan dan pengesahan kes-kes keganasan rumah tangga, kes pukul,semun ragut serta menguruskan laporan polis bagi membantu wanita. OSCC ini bercirikan kerjasama bersepadu dan diselaraskan secara multi-sectoral dan antara agensi iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan.Kini terdapat sebanyak 129 buah OSCC di seluruh Malaysia.

APA YANG PERLU WANITA LAKUKAN

BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK

  1. Jangan berada di tempat sunyi.
  2. Elakkan meletakkan beg tangan atau dompet yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di dalam raga motosikal atau atas kerusi penumpang dan sebagainya.
  3. Jangan menumpang kenderaan individu yang tidak dikenali walaupun berteman.
  4. Jangan meninggalkan anak kecil bersendirian dan keluar untuk membuka pintu rumah.
  5. Bawa bersama penyembur lada atau alatan yang boleh digunakan untuk menakutkan penjenayah dalam keadaan paling kritikal.
  6. Jangan terus memberhentikan kenderaan yang dilanggar dari belakang, berhenti di tempat ramai penduduk atau balai polis berdekatan.

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

                                                 PENGENALAN

Orang yang cerdas otak dapat mengguna rangsangan dengan lebih berkesan, dapat mengurus maklumat yang diterima untuk membina konsep dan seterusnya menyelesaikan masalah lebih cepat daripada orang yang kurang cerdas. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1990), dari sudut pembangunan negara, kehadiran kanak-kanak pintar cerdas dalam masyarakat merupakan satu sumber semula jadi (aset) yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta. Justeru, sumber ini perlu dibangunkan dan digunakan sebaik mungkin, kerana kanak-kanak ini juga merupakan sumber intelektual yang paling berharga kepada negara. Kita harus sedar bahawa kekukuhan dan kemakmuran sesebuah negara bukan sahaja terletak pada sumber ekonomi tetapi juga pada sumber intelektualnya.


                              DEFINISI KECERDASAN

  • Konsep kepintaran berasal daripada istilah kecerdasan / intelligence yang berasal daripada perkataan intelgentia ( ciptaan ahli falsafah Yunani, Cicerio ).
  • Plato - orang pertama yang membezakan pengaruh faktor baka dan persekitaran terhadap kepintaran seseorang sebelum Galton.
  • Wechsler - kebolehan memahami alam sekitar, diri sendiri dan kepakaran yang boleh membantu individu untuk menghadapi cabaran hidup.
               DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (PC)
  • Istilah Pintar Cerdas / gifted  diperkenalkan oleh Guy M.Whipple pada 1920. Konsep pintar cerdas merupakan satu istilah rasmi bagi merujuk kanak-kanak yang memiliki kebolehan intelek yang luar biasa.
  • Istilah PC telah digunakan buat pertama kalinya oleh Francis Galton pada tahun 1869,yang merujuk pada orang dewasa yang menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu. Manakala, kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi untuk menjadi orang dewan yang pintar dan kanak-kanak tersebut digelar kanak-kanak PC.
  CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
  • Baca pada usia yang muda 
  • Suka bertanya
  • Boleh bekerja sendiri
  • Jangka tumpuan yang lama
  • Suka menyiasat
  • Seronok belajar
  • Jujur
  • Banyak maklumat
     ~MAKLUMAT LANJUT SILA TEKAN INI~
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%2010%20Kanak-Kanak%20Pintar%20Cerdas.pdf                 

Monday, 7 September 2015

Teks Ucapan Perasmian

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Tuan-tuan dan puan-puan,

 Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia dan keizinan daripada-Nya,dapatlah kita bersama-sama berada di majlis perasmian ‘Hari Gotong Royong Sekolah’ yang diadakan buat julung-julung kalinya. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa perlaksanaan yang bertukus lumus dalam menjayakan penganjuran program ini yang sememangnya sangat memberikan manfaat kepada semua warga sekolah.

Para hadirin sekalian,
  Sekolah yang bersih dan cantik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah dan lebih berasa bersemangat untuk belajar.Ini disebabkan oleh persekitaran sekolah yang bersih lagi ceria.Oleh itu,kita seharusnya bekerjasama untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah agar murid-murid berasa selesa ketika mereka menuntut ilmu.

  Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan sekolah ini dan kesedaran kepada para murid dan guru tentang kebersihan.Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk
mencegah penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes. Malah, dengan program ini juga hubungan
sillaturrahim antara anak murid dengan guru dapat dieratkan.

  Di samping itu, saya sebagai guru besar Sekolah Taman Mawar merancang untuk mengamalkan
projek lestari alam sekitar dalam sekolah ini. Untuk permulaan langkah, semua warga sekolah perlulah
 mengurangkan pembuangan bahan buangan. Selain itu, kita juga boleh mengelakkan pembaziran
 tenaga elektrik dengan menutup suiz lampu kelas atau makmal selepas digunakan.

  Malah, kita sebagai warga sekolah seharusnnya mempunyai perasaan sehati sejiwa bersama-sama untuk menjayakan hari gotong-royong dan projek lestari alam sekitar ini agar sekolah kita bersih dan cantik dipandang masyarakat
luar. Sesungguhnya, Allah ada berfirman dalam surah Ar- Rum, ayat 41 yang bermaksud telah
nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.

 Berdasarkan ayat itu, kita seharusnya perlu menjaga alam sekitar yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mahluknya. Oleh itu,marilah kita bersama-sama melestarikan alam sekitar demi kehidupan yang lebih aman,sihat dan sejahtera di masa kini dan masa hadapan.

Para hadirin sekalian,
  Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada
jawatankuasa penganjur kerana berjaya mengadakan Hari Gotong-Royong Sekolah yang sangat bermanfaat ini. Saya sesungguhnya akan sentiasa menyokong penuh
program yang mampu memberikan impak terhadap pembangunan murid di sekolah ini. Dengan lafaz
 Bismillahrahmanirahim, saya dengan ini merasmikan Hari Gotong Royong Sekolah Taman Mawar.

Sekian, terima kasih.