Tuesday, 6 October 2015

KISAH LEORNADO DA VINCI

Leornado Da Vinci dilahirkan pada tahun 1452. Semasa remaja, beliau dihantar ke Florence belajar menjadi seorang pelukis di bawah bimbingan Andrea del Verrocchio. Beliau menunjukkan kemajuan yang sangat luar biasa dalam gaya artistiknya, sehingga ke tahap mencipta cat lukisannya sendiri menggunakan formula khas. Da Vinci mengabadikan dirinya kepada memahami misteri alam semulajadi.

Sumbangan beliau terhadap sains dan teknologi juga menjadi satu lagenda. Beliau adalah seorang pereka cipta, saintis, jurutera, arkitek, pelukis, pengukir, ahli matematik, pakar anatomi, astronomi,geologi, biologi, serta ahli falsafah terkenal pada zamannya.

Leornado Da Vinci

Sejarah menunjukkan Da Vinci berkemungkinan mengalami beberapa masalah pembelajaran termasuk disleksia dan attention deficit disorder (masalah dalam memberi perhatian dan hiperaktif). Sesetengah pengkaji percaya tindakannya memulakan begitu banyak projek, sehingga banyak yang tidak dapat disempurnakan menunjukkan keadaan attention deficit disorder. Penilitian terhadap manuskrip dan surat-surat Da Vinci menunjukkan bukti-bukti yang beliau mengalami disleksia. Ini adalah kerana nota-ntanya ditulis terbalik daripada kanan ke kiri seperti mana dalam cermin. Ini merupakan suatu ciri yang lazimnya ditunjukkan oleh penghidap disleksia yang kidal. Selain daripada tulisannya, banyak kesilapan ejaan dalam nota-notanya yang menggambarkan pola bentuk masalah yang lazimnya dialami oleh penghidap disleksia.

Da Vinci mengatasi masalah pembelajarannya dengan menyalurkan bakat kreatifnya dalam benyuk pemikiran visualnya. Kemampuan pemikirannya yang begitu luar biasa dipercayai belum dapat ditandingi sehingga hari ini.

Wednesday, 16 September 2015

Jujurkah kita

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Kejujuran merupakan sifat yang terpuji dalam akhlak Islam. Allah SWT memerintahkan hambaNya untuk menjadi manusia yang jujur dalam menjalani kehidupan.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran Surah At-Taubah, ayat 119:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar!"

Ayat di atas menyuruh umat Islam untuk menjadi umat yang jujur. Ada pepatah yang salah mengatakan : kalau terlalu jujur akan lebur. Padahal pepatah yang betul adalah: kalau jujur menjadi subur, kalau jujur menjadi makmur. Abu bakar di beri gelaran oleh Rasulullah SAW dengan nama "Ash-Shiddiq" Maknanya orang yang sangat jujur.

Oleh kerana itu, kejujuran yang dilakukan dalam kehidupan umat Islam wajib dilakukan dalam semua aspek kehidupan dengan siapapun, dalam keadaan apapun dengan cara bagaimanapun.

Kejujuran dalam kehidupan umat Islam terdiri dari 5 bentuk, di antaranya:


1. JUJUR PERKATAAN (صدق الحديث)
Dalam keadaan apapun, seorang Muslim yang baik, wajib berkata jujur, sama ada dalam menyampaikan informasi, menjawab pertanyaan, melarang atau menyuruh atau perkataan-perkataan lainnya. Orang yang bercakap jujur akan mendapatkan kecintaan daripada Allah SWT. Jujur perkataan inilah bentuk yang paling mudah untuk menilai kejujuran seseorang dalam kehidupan seharian.

2. JUJUR PERGAULAN (صدق المعاملة).
Seorang Muslim yang baik dalam bermasyarakat, wajib bermu'amalah dengan sesama manusia dengan kejujuran. Jangan menipu, jangan mengkhianati, jangan menzalimi orang sekalipun bukan orang Islam. Keikhlasan dalam pergaulan merupakan faktor utama kejujuran seseorang.

3. JUJUR KEMAHUAN (صدق العزم).
Seorang Muslim yang bijak, sebelum memutuskan untuk melakukan sesuatu perkara yang di mahuinya, wajib mempertimbangkan dan menilai terlebih dahulu untung dan ruginya, manfaat dan tidaknya, serta halal dan haramnya. Hal ini bermaksud agar apa yang dikehendakinya betul-betul membawa kebaikan kepada diri serta orang lain.

4. JUJUR PADA JANJI (صدق الوعد).
Apabila berjanji, seorang Muslim akan berusaha untuk menepatinya. Mungkir janji merupakan tanda orang-orang munafik, sebagai mana disebutkan di dalam hadis Rasulullah dari riwayat Bukhari dan Muslim. Bahawa tanda orang munafik itu ada tiga: salah satunya adalah, jika berjanji banyak mungkirnya (ingkar janji) atau tidak menepati janji.

5. JUJUR PADA KEADAAN (صدق الحال).
Seorang Muslim sejati akan menampilkan diri sendiri dalam keadaan yang sebenarnya, dia tidak akan menipu diri sendiri dengan baju kepalsuan, bukan untuk mencari nama (populariti) dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Oleh kerana itu wahai saudara sekalian, jadilah kita insan yang jujur pada diri sendiri juga kepada orang lain dalam menjalinkan hubungan dengan sesama manusia.

Ya Allah ya Rahmaan ya Rahim, jadikan kami hambaMu yang jujur dalam semua aspek kehidupan. Jujur pada hati, ucapan serta perbuatan kami. Mudah-mudahan kami menjadi manusia yang berguna untuk sesama manusia. Aamiinn !!

Wallahu A'lam. 

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.





Sunday, 13 September 2015

JOM KENALI ASEAN :)

APA ITU ASEAN ?

Merupakan singkatan bagi 'Association of Southeast Asian Nations' atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar yang hadir ketika itu ialah Adam Malik
(Indonesia), Narciso R.Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S.Rajaratnam( Singapura) dan Thanat Khoman (Thailand).
ASEAN kemudian disertai oleh lima lagi negara anggota iaitu Brunei,Lao PDR, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.

NEGARA-NEGARA ASEAN

PRINSIP UTAMA ASEAN

  1. Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara.
  2. Hak untuk setiap negara untuk memimpin dan bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coersion).
  3. Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman.
  4. Menolak penggunaan ketenteraan.
  5. Kerjasama efektif antara anggota.


HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA !

             PENGENALAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 35 peratus daripada semua wanita akan mengalami keganasan. Kajian tersebut menyatakan keganasan terhadap wanita bukan isu remeh dan kecil yang hanya berlaku kepada sebilangan kawasan komuniti namun ia adalah isu global yang menjadi semakin berleluasa dan memerlukan tindakan segera untuk menanganinya.

Berdasarkan kepada Handbook for National Action Plans On Violence Against Women terbitan UN Women pada 2012, kebanyakan keganasan terhadap wanita dilakukan oleh orang yang dikenali wanita tersebut dan kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana masalah dalaman keluarga atau masalah peribadi.


HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA
Keganasan terhadap wanita yang paling kerap adalah keganasan yang dilakukan oleh pasangan wanita yang merangkumi suami, bekas suami atau teman lelaki.

UN Women telah menggariskan langkah-langkah yang dapat membantu usaha menangani keganasan terhadap wanita. Antaranya adalah penyediaan ruang dan peluang yang saksama kepada wanita dalam aspek ekonomi, sosial dan politik, pelaksanaan program kesedaran kepada pelbagai peringkat golongan dan pelaksanaan program kesedaran bagi pihak media agar sentiasa menonjolkan imej positif wanita.

Di Malaysia, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia sehingga 2014, sebanyak 2,874 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan, sebanyak 4,123 kes berlaku dalam tahun 2013 dan sebanyak 3,488 kes dilaporkan dalam tahun 2012. Bagi tempoh yang sama, purata kes keganasan rumah tangga yang mangsanya adalah wanita adalah sebanyak 3,103 kes setahun.

JENIS-JENIS KEGANASAN DAN JENAYAH YANG DILAKUKAN TERHADAP WANITA DI MALAYSIA
  1. Keganasan rumah tangga
  2. Keganasan di tempat kerja
  3. Keganasan dan kecederaan di tempat awam (parkir kereta, tempat terpencil, taman rekreasi, tempat membeli belah dan sebagainya)
  4. Keganasan di kediaman sendiri (rompakan, rogol, bunuh)
  5. Keganasan ke atas wanita dan manipulasi pemerdagangan (pelacuran,sindiket pengemisan)
  6. Keganasan berbentuk emosi (penderaan mental,kata-kata hina, penganiayaan dan pengabaian rumah tangga ,ekonomi)
BENTUK SOKONGAN YANG BOLEH WANITA DAN MASYARAKAT LAKUKAN

  1. Talian Nur - Perkhidmatan Talian Nur 15999 telah disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat(KPWKM) sejak 5 Disember 2007 dan talian khusus untuk kanak-kanak iaitu Childline 15999 pada 2010 bagi memudahkan orang awam termasuk mangsa membuat aduan atau pun mendapat khidmat nasihat termasuklah mengenai penderaan, pengabaian dan keganasan.Talian ini beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun.Petugas akan menerima laporan dari pengadu dan memanjangkan aduan kepada pihak berwajib iaitu polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Wanita dan pihak JKKN Kampung untuk tindakan pantas dan segera.
  2. One Stop Crisis Centre-OSCC - Kerajaan juga telah menubuhkan pusat khidmat bersepadu (ONE STOP CRISIS CENTRE-OSCC)di semua jabatan kecemasan hospital kerajaan bagi memberi perkhidmatan pemeriksaan, rawatan dan pengesahan kes-kes keganasan rumah tangga, kes pukul,semun ragut serta menguruskan laporan polis bagi membantu wanita. OSCC ini bercirikan kerjasama bersepadu dan diselaraskan secara multi-sectoral dan antara agensi iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan.Kini terdapat sebanyak 129 buah OSCC di seluruh Malaysia.

APA YANG PERLU WANITA LAKUKAN

BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK

  1. Jangan berada di tempat sunyi.
  2. Elakkan meletakkan beg tangan atau dompet yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di dalam raga motosikal atau atas kerusi penumpang dan sebagainya.
  3. Jangan menumpang kenderaan individu yang tidak dikenali walaupun berteman.
  4. Jangan meninggalkan anak kecil bersendirian dan keluar untuk membuka pintu rumah.
  5. Bawa bersama penyembur lada atau alatan yang boleh digunakan untuk menakutkan penjenayah dalam keadaan paling kritikal.
  6. Jangan terus memberhentikan kenderaan yang dilanggar dari belakang, berhenti di tempat ramai penduduk atau balai polis berdekatan.