Tuesday, 6 October 2015

KISAH LEORNADO DA VINCI

Leornado Da Vinci dilahirkan pada tahun 1452. Semasa remaja, beliau dihantar ke Florence belajar menjadi seorang pelukis di bawah bimbingan Andrea del Verrocchio. Beliau menunjukkan kemajuan yang sangat luar biasa dalam gaya artistiknya, sehingga ke tahap mencipta cat lukisannya sendiri menggunakan formula khas. Da Vinci mengabadikan dirinya kepada memahami misteri alam semulajadi.

Sumbangan beliau terhadap sains dan teknologi juga menjadi satu lagenda. Beliau adalah seorang pereka cipta, saintis, jurutera, arkitek, pelukis, pengukir, ahli matematik, pakar anatomi, astronomi,geologi, biologi, serta ahli falsafah terkenal pada zamannya.

Leornado Da Vinci

Sejarah menunjukkan Da Vinci berkemungkinan mengalami beberapa masalah pembelajaran termasuk disleksia dan attention deficit disorder (masalah dalam memberi perhatian dan hiperaktif). Sesetengah pengkaji percaya tindakannya memulakan begitu banyak projek, sehingga banyak yang tidak dapat disempurnakan menunjukkan keadaan attention deficit disorder. Penilitian terhadap manuskrip dan surat-surat Da Vinci menunjukkan bukti-bukti yang beliau mengalami disleksia. Ini adalah kerana nota-ntanya ditulis terbalik daripada kanan ke kiri seperti mana dalam cermin. Ini merupakan suatu ciri yang lazimnya ditunjukkan oleh penghidap disleksia yang kidal. Selain daripada tulisannya, banyak kesilapan ejaan dalam nota-notanya yang menggambarkan pola bentuk masalah yang lazimnya dialami oleh penghidap disleksia.

Da Vinci mengatasi masalah pembelajarannya dengan menyalurkan bakat kreatifnya dalam benyuk pemikiran visualnya. Kemampuan pemikirannya yang begitu luar biasa dipercayai belum dapat ditandingi sehingga hari ini.